Source Malaysiakini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.
"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.
"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.
"Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain.
"Kamu tidak boleh melengah-lengahkan sidang tergempar tersebut kerana majoriti ahli Parlimen sudah bersama kami."Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya," katanya.
Anwar juga menolak dakwaan Abdullah bahawa beliau menjadi faktor kemerosotan ekonomi negara dan keselamatan negara. Katanya, penganalisis ekonomi serantau tidak menyebut Anwar sebagai faktor kejatuhan harga saham dan ekonomi.
Sebaliknya, kata beliau saham merudum selepas pengumuman menteri kewangan yang baru dan faktor global.
"Dasar yang ditekan oleh Pakatan ialah kebebasan media dan jenayah telah menyebabkan negara hilang daya saing," katanya.
Anwar berkata, surat permohonan untuk bertemu perdana menteri yang dihantar sebelum ini, telah ditolak dengan kasar.
No comments:
Post a Comment